|
Surat Untuk Calon Ibu Mertua Ku
Friday, April 20, 2012 | 6:57 PM | 0 comments
Assalamualaikum.
Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini.. izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu duhai calon ibu mertuaku, Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja… Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya . Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,… Dengan ketakwaan yang biasa Ketabahan yang tak seberapa, Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan…. . Namun ibu, Saya adalah wanita akhir zaman, Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah… Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku…. Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, . Engkau tak perlu khuatir ibu,… Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu,… Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,…. . Kerana akan saya katakan padanya bahawa…. engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya… Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,.. Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman…. Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu . Duhai, Calon ibu mertuaku…. Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,… Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu… Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami, Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan… Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu…. Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan…. 5 minit kurang stress
Tuesday, April 17, 2012 | 6:59 PM | 0 comments
Assalamualaikum..
jumpa lagi bloggers. :)
hari nie wani nak share macam mana korang nak stress.
lebih-lebih lagi kakak-kakak, abang-abang yang nak ambik final exam tu kan.
tak pown untuk orang-orang yang banyak hal yang nak difikirkan.
huhu. :)
just nak tolong.
bukan apa, wani pown sebenarnya tengah ada masalah jugak nie.
boleh dikatakan sangat tertekan.
tapi, still lagi boleh kawal diri dari buat-buat benda yang tak berfaedah tu..
hey, bukan susah pown nak kurang kan stress tu.
eh, korang jangan salah paham tau.
KURANGKAN, bukan HILANGKAN tu.
haa, hati-hati ketika membaca..
5 minit bukan laa satu jangka masa yang lama kan ?
tapi, ia akan menjadi kan hidup korang lebih baik dan positif sekiranya korang melakukan perkara yang boleh meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan tekanan.
nie cara-cara nak kurangkan stress.
tu jew cara-caranya.
simple jew kan ?
apa lagi.
sesiapa yang tengah tertekan tu sila-sila kan laa lakukan apa yang patut.
^___^
wassalam.
peace !
wasiat untuk sang Adam..
Monday, April 16, 2012 | 9:09 PM | 0 comments
Jadilah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh dengan penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Jadilah seorang lelaki yang menjaga tutur kata
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah pada harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan
tidak mempunya musuh yang bersifat jembalang
Jadilah seorang lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamal hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Jadilah seorang lelaki yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan
mencontohi sifat-sifat Rasulullah
Yang boleh diajar berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dan berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Jadilah seorang lelaki
Yang tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan
Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa mengingati mati
Yang bagi hidupnya di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Jadilah seorang lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga Allah
nukilan : Nurul Nalsuha Abd Nasir..(kawan wani tu..huhu)
wassalam.. :) First MS Zayyad GIVEAWAY
| 6:57 PM | 0 comments
Assalamualaikum semua.. lama sungguh wani tak sentuh blog nie kan ?? ada yang rindu tak ? haha.. gurau jew.. :) hari nie, wani nak join satu GIVEAWAY.. GA nie dari MS ZAYYAD.. hadiah best-best tau.. jom laa kita semua pakat join GA nie.. jom3 !! semangat mengempen nie.. huhu.. :) kalu korang semua nak join, korang klik SINI oke.. :) oke..done.. :) Tips : pemilihan kardigan..
Saturday, April 7, 2012 | 9:06 PM | 0 comments
Assalamualaikum.. herm, rasa nye dah lama kan wani xupdate blog wani.. huhu.. bukan apa, macam biasa laa... perasaan malas menguasai diri.. apatah lagi wani nie budak lepasan spm.. banyak benda yang nak wani kena isi.. ok guys, hari nie wani nak kongsi tip laa sikit.. korang baca laa title kat atas tu.. haa, tip pemilihan kardigan.. ramai di antara korang yang pakai kardigan untuk memanaskan badan.. selain tu, kardigan jugak berfungsi untuk menutup kekurangan diri.. tapi, korang kena laa pandai-pandai suai padan kan kardigan yang korang pakaian korang.. nie dye tip pemilihan kardigan :
sekian.. :) |