5 minit kurang stress
Assalamualaikum..
jumpa lagi bloggers. :)
hari nie wani nak share macam mana korang nak stress.
lebih-lebih lagi kakak-kakak, abang-abang yang nak ambik final exam tu kan.
tak pown untuk orang-orang yang banyak hal yang nak difikirkan.
huhu. :)
just nak tolong.
bukan apa, wani pown sebenarnya tengah ada masalah jugak nie.
boleh dikatakan sangat tertekan.
tapi, still lagi boleh kawal diri dari buat-buat benda yang tak berfaedah tu..
hey, bukan susah pown nak kurang kan stress tu.
eh, korang jangan salah paham tau.
KURANGKAN, bukan HILANGKAN tu.
haa, hati-hati ketika membaca..
5 minit bukan laa satu jangka masa yang lama kan ?
tapi, ia akan menjadi kan hidup korang lebih baik dan positif sekiranya korang melakukan perkara yang boleh meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan tekanan.
nie cara-cara nak kurangkan stress.
- ubah suai tempat tidur korang - mulakan setiap pagi korang dengan mewujudkan persekitaran yang agak tenang dalam bilik tidur kerana ia mampu memberikan emosi gembira kepada korang. penulis buku Gretchen Rubin, pernah menulis ramai orang akan mendapat ketenangan apabila melakukannya setiap pagi. caranya mungkin dengan menghias bilik dengan kuntuman bunga, membuat semburan wangian, atau menggantungkan gambar keluarga.
- bawa makanan berkhasiat - sebelum keluar pada waktu pagi, apa kata korang pergi ke dapur dan ambil buah-buahan seperti pisang, epal, dan anggur atau makanan ringan berkhasiat seperti kacang, kismis atau kurma untuk dimakan atau dibawa ke pejabat atau ke tempat korang belajar. dengan cara ini, apabila perut lapar pada waktu petang korang hanya perlu mencapai makanan dari dalam beg tangan korang dan bukan mencari coklat atau biskut (selalu sangat wani buat. huhu =.=') di kedai. sekurang-kurangnya ini dapat meningkatkan tahap kesihatan anda.
- kemas meja - korang tak mungkin dapat merevolusikan almari dalam masa 5 minit kan ? tapi, korang boleh menguruskan meja supaya kemas, bersih dan teratur. bersihkan kertas bersepah dan kertas yang tak digunakan, cawan berselerak atau habuk pada skrin komputer. meja yang tidak kemas akan membuatkan korang hilang tumpuan, sekali gus mengurangkan produktiviti. persekitaran yang baik dan selesa meningkatkan motivasi korang.
- mendengar muzik (selalu jugak wani buat bila rasa tertekan) - kajian mendapati mendengar muzik bukan saja membantu menenangkan jiwa. tapi, merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kegembiraan. muzik sesuai berkuasa mengubah minda dan sikap. jadi memuat turun lagu menerusi alat pemain MP3 dan mendengarnya ketika bekerja atau di rumah mampu membuatkan korang tersenyum sepanjang hari (lebih-lebih lagi lagu tu ada kaitan ngan kita kan ?).
- luahkan apa yang terbuku dihati [wani buat jugak. korang mesti tahu kan wani luah kat siapa. mesti laa kat si dia atau wani post jew kat blog :)] - ini boleh dilakukan dengan menulis perkara yang membuatkan korang tertekan. misalnya tekanan dalam kesesakkan lalulintas, masalah dengan teman sekerja atau kerja yang terlalu banyak. dengan cara ini dapat mengurangkan masalh anda. :)
tu jew cara-caranya.
simple jew kan ?
apa lagi.
sesiapa yang tengah tertekan tu sila-sila kan laa lakukan apa yang patut.
^___^
wassalam.
peace !
OLD / NEW