|
wasiat untuk sang Adam..
Monday, April 16, 2012 | 9:09 PM | 0 comments
Jadilah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh dengan penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Jadilah seorang lelaki yang menjaga tutur kata
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah pada harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan
tidak mempunya musuh yang bersifat jembalang
Jadilah seorang lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamal hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Jadilah seorang lelaki yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan
mencontohi sifat-sifat Rasulullah
Yang boleh diajar berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dan berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Jadilah seorang lelaki
Yang tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan
Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa mengingati mati
Yang bagi hidupnya di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Jadilah seorang lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga Allah
nukilan : Nurul Nalsuha Abd Nasir..(kawan wani tu..huhu)
wassalam.. :) |